Monday, July 18, 2016

Surah AlBaqarah (165~167)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 165:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat diatas (1.2.164) bahawa manusia itu masih lagi dalam kebodohan, dan orang kafir musyrikin telah menyukutukan Allah dengan membuat patung berhala dan menyembahnya, orang yang menyekutukan Allah adalah mereka yang menganiayai diri mereka sendiri.  Tapi bagi orang yang beriman itu amatlah berbeza dan amat kasih kepada Allah.
 .
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 166~167:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan, bahawa pengikut-pengikut yang mengikut ketuanya, juga akan diseksa oleh Allah lantaran mereka mengikut perbuatan dosa yang dibuat oleh ketua-ketua mereka. Pengikut itu menyesali diri dan berkata “kalaulah kami kembali kedunia nescaya berlepas diri lah kami daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami”.
.

Ayat ini telah memberi pengajaran kepada kita bahawa sesungguhnya ketua sesebuah kumpulan mahu pun negara, sekiranya ketua mereka membuat dosa kepada Alllah, maka hendaklah kita berjauh diri dari mereka supaya kita tidak diseksa bersama dengan mereka yang zalim.


[Previous] [Next]

Sumber
Terjemahan Surah 2, Ayat 161~170;  
 [GS]
https://t.co/ujPdPsH82h  
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan
,
[G+] https://plus.google.com/109764908726825547016/posts/NHtW2kgwaMo